Advokasi Kdb Serta Program Kesedaran 3r Bersama Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan Dan Swcorp Cawangan Langkawi
3 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniPada 2 Oktober 2020,Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mengadakan Program Kesedaran 3R bersama komuniti.
Pada hari tersebut, komuniti turut diberikan taklimat mengenai Advokasi Klik Dengan Bijak agar komuniti lebih peka mengenai penggunaan teknologi yang serba canggih pada masa kini.
KPKT menjalankan program ini adalah bertujuan agar dapat memberi kesedaran kepada komuniti dan mendidik komuniti dalam pengasingan sisa dan bahan-bahan yang boleh dikitar semula sebagai usaha untuk memastikan komuniti dapat mengekalkan kehidupan dalam persekitaran yang sihat dan bersih.
Program ini diakhiri dengan pemberian cenderahati dan hadiah kepada peserta pertandingan mewarna dan jamuan makan bersama komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: